Assalamualaikum,
Saya seorang wanita, punya naluri, keinginan, nafsu, yang sama dengan wanita-wanita lain…
Sebagaimana yang dikatakan, wanita mempunyai 9 NAFSU…
Saya suka cantik, comel, kurus, sihat, suka dipandang, shopping dan semua-semua tu… seperti wanita-wanita lain… Tapi mungkin itu hanya dahulu…
Bukan nak cakap saya sudah jadi baik, Astaghfirullah…. Nauzubillah..
Tetapi…,
Semua manusia sebagai hamba ada sifat kebaikan….
Merujuk pada Surah Asy-Syams 91:7-10;
"Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya).
Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan dan yang membawanya kepada bertakwa.
Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan).
Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)."
Allah ciptakan manusia mempunyai kejahatan dan kebaikan. Bergantung pada kita; dengan HATI yang Allah beri untuk pandu diri kita. Rujukan Allah sudah beri iaitu AL-QURAN dan HADIS. Tinggal lagi kita belajar, belajar, dan belajar sahaja…
Sejajar dengan wahyu pertama yang Allah turunkan pada baginda Rasulullah SAW, Surah Al-A'laq 96:1;
"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan."
Kita pernah jadi jahil dan degil….
Jadi,
Perlukah kita lalai dan leka lagi….?
Setiap manusia pasti ingin berubah kepada yang lebih baik, tidak kisah dari sudut apa pun…kan?
Sebelum tiba kiamat kecil saya (MATI….), sebelum mencapai umur 40,….sebelum, sebelum, sebelum dan sebelum…. Saya hanya hamba Allah yang hina dan lemah…
(Allah! Panjang pula bebelan saya ni…. maaf)
OK, kembali kepada apa yang saya hendak kongsikan….
Mungkin apa yang saya mahu katakan ni, akan ada yang mengguris hati, tetapi saya mahu tekankan awal-awal, ia tidak ditujukan pada sesiapa, tetapi ia hanyalah tindakbalas saya terhadap apa yang berlaku secara pemerhatian rambang terhadap persekitaran sekeliling..
Tentang pemakanan tambahan… (sentitif ke….maaf)
Saya teringat, masa tu saya masih di sekolah menengah… Saya tidak boleh recall secara tepat, samada saya dapat dari bacaan atau dari perkongsian guru..
Lebih kuranglah ye,… Tentang apa yang akan berlaku pada masa akan datang (waktu tu, around 1993-1995), disebabkan kemajuan teknologi, makanan juga akan mengalami perubahan teknologi. Akan terdapat makanan dalam bentuk pil….. Haaaa tu dia..!
Masa tu, saya tertanya-tanya dan terbayang-bayanglah macam mana agaknya ye… Fikiran saya yang kurang bijak ni, terpikir, macam dalam movie-movie fiksyen, pil diletak air… TARAAA… jadi setongkol jagung…!
Hahaha…macam tulah…naif dan jahil kan… :p
Tapi rupanya bukan begitu…hehehe
Rupa-rupanya makan-makanan tambahan inilah…
Bukan bermakna saya nak cakap ia tidak baik, tidak…
Ia ada kebaikannya, namun, reaksi kita, terhadap perkara ini yang saya rasakan ada yang masih perlu diperbaiki…sama-sama kita perbaiki.
Saya tidak mahu bercerita panjang tentang makanan tambahan.
Cumanya saya agak sedih melihat sesetengah individu yang saya perhatikan (dan mereka tidak sedar sebenarnya), menjadi taksub dengan makanan tambahan.
Mengapa saya katakan begitu? Terlalu kasar bukan?… Maaf…
Ada yang sanggup meminta diberikan kemudahan membayar secara ansuran (hutang), semata-mata untuk membeli set makanan tambahan.
Ada yang masih lagi pelajar, tapi, mahu mengambil makanan tambahan kerana mahu cantik.
Begitukah caranya??
Allah dah berikan rujukan terbesar buat kita, antaranya buku terhebat; Al-Quran, juga hadis…
Mengapa sebagai penganut agama yang diturunkan kepada mereka, tidak menjadikan rujukan yang diturunkan ini sebagai panduan TOTAL?
Untuk menjaga kesihatan, terdapat pelbagai cara yang Allah beri dalam Al-Quran dan Hadis.
Tidak perlu bergolak gadai untuk berhutang, sayang… Ia adalah percuma… jika memerlukan wang pun, nilainya adalah lebih murah, tetapi nikmatnya sangat besar..
Bagi yang masih belajar, apakah fokus utama anda wahai adik-adikku yang ku sayangi?
Belajar atau nak cantik?
Mohon tumpukan pada pengajian dahulu…ia adalah harapan IBUBAPA anda…
Hal-hal yang lain itu, anda boleh pikir dan usahakan setelah habis belajar..
Belajar lah rajin-rajin dulu, ye sayang… :)
Saya akan kongsikan kemudian, cara yang saya gunakan yang lebih jimat dan mendapat manfaat yang besar, In shaa Allah.
Perlu diingatkan sekali lagi, ini bukanlah cara yang mutlak…saya sekadar berkongsi supaya sama-sama mendapat manfaat dan mungkin anda boleh mendapat idea yang lebih baik.
Bukannya apa, kos hidup semakin meningkat.
Antara cara untuk kita berjimat dan mengurangkan kos, kita perlu kawal perbelanjaan..
Agak sukar untuk mendapat kenaikan gaji selari dengan kenaikan kos hidup (Ia adalah mustahil…), juga, membuat kerja tambahan atau part time (sampai bila kita menjadi hamba Allah didunia ini untuk lebih mengejar kemahuan?)
Rasa susah dan payah?
Ya, memang itulah sebenarnya yang telah Allah tentukan untuk manusia didunia ini, Allah ciptakan manusia untuk susah..
Merujuk Surah Al-Balad 90:4;
"Sungguh kami telah menciptakan manusia berada dalam susah payah."
Dan, Surah Al-Insyiqaq 84: 6;
"Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatat semuanya)."
Pada hari ini, dalam kita berada di akhir zaman, antara kata-kata ustaz yang saya guna untuk ingatkan diri saya daripada kuliah berkaitan akhir zaman, ustaz mengingatkan, ada ulama' yang telah mengingatkan supaya kita jangan tinggal puasa sunat untuk membiasakan kita dengan keadaan susah, pada masa kedatangan Dajjal (juga sebelum kedatangan Dajjal; 3 tahun kemarau…).
Bagi saya, ia juga termasuk dgn APA yang kita makan dan CARA kita makan..
Panjang pula tulisan hari ini..
Mohon maaf jika ada kesalahan dan kesilapan.
Jika ada yang mahu dibetulkan, sila kongsikan, kita sama-sama belajar. :)
No comments:
Post a Comment