Saya ingin berkongsi tentang beberapa potongan ayat yang diambil dari Al-Quran;
1. Surah At-Tur 52:22 (yang bermaksud):
"Dan (penduduk Syurga itu) Kami tambahi mereka (dari semasa ke semasa) dengan buah-buahan dan daging daripada berbagai-bagai jenis yang mereka ingini."
2. Surah Al-Waqiah 56:20-21 (yang bermaksud):
" Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan apapun yang mereka pilih. Dan daging burung apapun yang mereka inginkan."
Daripada ayat-ayat diatas, Allah menyebut buah terlebih dahulu sebelum makanan-makanan yang lain tatkala menyebutkan makanan yang dihidangkan kepada ahli Syurga.
Jadi, amalan mendahulukan makan buah-buahan adalah amalan yang dilakukan oleh ahli Syurga….
(Siapa nak jadi ahli Syurgaaaa????? wink wink wink…) hehehe…
Sebenarnya daripada ayat-ayat inilah galakkan untuk mengambil buah-buahan sebelum menjamah makanan lain….
Ia diperkukuhkan lagi dengan kajian-kajian yang telah dibuat, dari segi sains,
kebanyakan buah-buahan adalah bersifat alkali di dalam perut.
Jika buah-buahan diambil selepas makan, ia akan meneutralkan asid yang dikeluarkan perut untuk mencerna makanan, jadi……
Bagaimana proses pencernaan dalam perut kita hendak berlaku dengan optimum???
Sumber dari sini
*Jika mahu lihat charts lain yang berkaitan, boleh lihat di sini
Saya tidak mahu mengatakan amalan memakan buah sebelum makan adalah amalan sunnah Rasulullah kerana setakat sumber buku yang saya baca, tiada disertakan hadis yang menunjukkan Baginda SAW memakan buah sebelum makan.
Galakan mengamalkannya saya praktikkan dan saya kongsikan atas bersandarkan perkara-perkara diatas. Sekiranya anda mempunyai maklumat tambahan yang lain, boleh kongsikan di ruang komen, kita sama-sama berkongsi ilmu ye..
Namun berdasarkan bacaan yang saya telah buat, Baginda Rasulullah SAW ada mengamalkan memakan buah-buahan seperti berikut (berdasarkan hadis):
1. Buah timun dengan ruthob (tamar ranum)
2. Buah tembikai dengan ruthob
3. Buah tembikai kuning dengan ruthob
*Timun, tembikai dan tembikai kuning bersifat sejuk, manakala ruthob bersifat panas
Ini menunjukkan baginda Rasulullah SAW menyeimbangkan makanan berunsur panas dengan yang berunsur sejuk.
Faktor keseimbangan adalah perkara asas dalam undang-undang at-thib (pengubatan) dan faktor ini yang diamalkan dalam pemakanan dan juga pengambilan ubatan merupakan konsep asas dalam thib nabawi.

No comments:
Post a Comment