Thursday, May 29, 2014

Pressed Potato

Assalamualaikum



Sedikit kelainan yang cuba dibuat, untuk pengekalan semulajadi dan mengelakkan 'processed' kentang, ie; fries, wedges
Kepelbagaian untuk menu anak dan keluarga.









Beberapa biji kentang yang bersaiz kecil (S)- dicuci dan direbus dengan sedikit garam sehingga betul-betul empuk. Biarkan sejuk. Kemudian ditekan.
olive oil @garlic butter @ butter
herbs - dried or fresh

-Panaskan pan @ oven
-Masukkan olive oil @garlic butter @butter
-Susunkan potato yang telah ditekan
-Taburkan herbs keatasnya.
-Biarkan sehingga permukaan bawah garing dan perang, kemudian diterbalikkan dan buat langkah yang sama































Wednesday, May 28, 2014

Chocolate Milk

Assalamualaikum




Sebagai langkah untuk memberhentikan pengambilan produk serbok koko atau serbuk koko tiruan sebagai minuman, saya cuba mengambil langkah yang selamat, berkhasiat dan jimat..


Jadi saya ingin berkongsi resepi Coklat Sos, untuk bahan base 'Chocolate Milk'
Biasanya saya akan sediakan stok yang in shaaAllah cukup untuk seminggu (@ lebih @ kurang…hehehe)


Berikut adalah sukatan yang biasa saya gunakan, tetapi anda boleh pelbagaikan sukatan bergantung pada citarasa anda, Selamat Mencuba!





Chocolate Sauce

100g good quality cocoa powder
125g brown sugar
250 ml water

- Campur semua bahan dalam pot.
-Kacau hingga sebati dan licin (tidak berketul-ketul)
-Letakkan diatas api yang kecil, sambil dikacau hingga mendidih dan agak pekat (rasa dulu, jika mengikut citarasa anda gula kurang, boleh ditambah)
-Simpan dalam bekas berkaca (yang terbaik, bertutup) dan simpan dalam peti sejuk

*Setiap kali hendak minum, hanya campurkan satu atau beberapa sudu dengan susu segar




SUPER…. Mom, Mak, Mama, Ibu….. Manusia…. Perlukah?

Assalamualaikum



Kita sudah terbiasa dgn istilah SUPER…
Bagi kaum ibu, biasa sangat ditujukan kepada yang multitasking…
(Disclaimer: bukan mudah menjadi ibu, sebab kene pegang beberapa jawatan dalam masa yang sama; anak, isteri, bos, pekerja..)
Jika namanya suri rumah, jangan ingat goyang kaki je kejenya ye…kuikuikui
(Pelik juga sebenarnya bila ada wanita yang takut berhenti kerja sebab nanti mati kutu dok diam kat rumah….. Hmmmm,… itu surirumah suku masa kot, jangan marah ye…gurau je :P)



CUMANYA, penggunaan gelaran yang digunakan…
Kita 'copy' dari Barat…
Tapi hakikatnya….

MANUSIA,
Benarkah SUPER???
Apa yang SUPER nya?
Kalau Allah baru bagi sikit sakit kita dah terbaring…


Peringatan Allah tu sebenarnya…
Peringatan untuk diri saya lebih-lebih lagi..
Allah boleh beri pengajaran dan peringatan secara 'cash'…
Untuk 'slowkan' sikit kita yang selalu asyik, lupa, leka, dan alpa...



Hanya DIA yang SUPER, yang THE MOST SUPER segalanya… ALLAHUROBBI



SENYUM :)




Sunday, May 25, 2014

Begitukah Caranya….

Assalamualaikum,




Saya seorang wanita, punya naluri, keinginan, nafsu, yang sama dengan wanita-wanita lain…
Sebagaimana yang dikatakan, wanita mempunyai 9 NAFSU…

Saya suka cantik, comel, kurus, sihat, suka dipandang, shopping dan semua-semua tu… seperti wanita-wanita lain… Tapi mungkin itu hanya dahulu…
Bukan nak cakap saya sudah jadi baik, Astaghfirullah…. Nauzubillah..

Tetapi…,

Semua manusia sebagai hamba ada sifat kebaikan….

Merujuk pada Surah Asy-Syams 91:7-10;

"Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya).
Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan dan yang membawanya kepada bertakwa.
Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan).
Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)."



Allah ciptakan manusia mempunyai kejahatan dan kebaikan. Bergantung pada kita; dengan HATI yang Allah beri untuk pandu diri kita. Rujukan Allah sudah beri iaitu AL-QURAN dan HADIS. Tinggal lagi kita belajar, belajar, dan belajar sahaja…
Sejajar dengan wahyu pertama yang Allah turunkan pada baginda Rasulullah SAW, Surah Al-A'laq 96:1;

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan."



Kita pernah jadi jahil dan degil….

Jadi,

Perlukah kita lalai dan leka lagi….?


Setiap manusia pasti ingin berubah kepada yang lebih baik, tidak kisah dari sudut apa pun…kan?
Sebelum tiba kiamat kecil saya (MATI….), sebelum mencapai umur 40,….sebelum, sebelum, sebelum dan sebelum…. Saya hanya hamba Allah yang hina dan lemah…

(Allah! Panjang pula bebelan saya ni…. maaf)


OK, kembali kepada apa yang saya hendak kongsikan….



Mungkin apa yang saya mahu katakan ni, akan ada yang mengguris hati, tetapi saya mahu tekankan awal-awal, ia tidak ditujukan pada sesiapa, tetapi ia hanyalah tindakbalas saya terhadap apa yang berlaku secara pemerhatian rambang terhadap persekitaran sekeliling..


Tentang pemakanan tambahan… (sentitif ke….maaf)


Saya teringat, masa tu saya masih di sekolah menengah… Saya tidak boleh recall secara tepat, samada saya dapat dari bacaan atau dari perkongsian guru..

Lebih kuranglah ye,… Tentang apa yang akan berlaku pada masa akan datang (waktu tu, around 1993-1995), disebabkan kemajuan teknologi, makanan juga akan mengalami perubahan teknologi. Akan terdapat makanan dalam bentuk pil….. Haaaa tu dia..!

Masa tu, saya tertanya-tanya dan terbayang-bayanglah macam mana agaknya ye… Fikiran saya yang kurang bijak ni, terpikir, macam dalam movie-movie fiksyen, pil diletak air… TARAAA… jadi setongkol jagung…!

Hahaha…macam tulah…naif dan jahil kan… :p


Tapi rupanya bukan begitu…hehehe
Rupa-rupanya makan-makanan tambahan inilah…
Bukan bermakna saya nak cakap ia tidak baik, tidak…
Ia ada kebaikannya, namun, reaksi kita, terhadap perkara ini yang saya rasakan ada yang masih perlu diperbaiki…sama-sama kita perbaiki.


Saya tidak mahu bercerita panjang tentang makanan tambahan.
Cumanya saya agak sedih melihat sesetengah individu yang saya perhatikan (dan mereka tidak sedar sebenarnya), menjadi taksub dengan makanan tambahan.
Mengapa saya katakan begitu? Terlalu kasar bukan?… Maaf…


Ada yang sanggup meminta diberikan kemudahan membayar secara ansuran (hutang), semata-mata untuk membeli set makanan tambahan.
Ada yang masih lagi pelajar, tapi, mahu mengambil makanan tambahan kerana mahu cantik.


Begitukah caranya??

Allah dah berikan rujukan terbesar buat kita, antaranya buku terhebat; Al-Quran, juga hadis…
Mengapa sebagai penganut agama yang diturunkan kepada mereka, tidak menjadikan rujukan yang diturunkan ini sebagai panduan TOTAL?


Untuk menjaga kesihatan, terdapat pelbagai cara yang Allah beri dalam Al-Quran dan Hadis.
Tidak perlu bergolak gadai untuk berhutang, sayang… Ia adalah percuma… jika memerlukan wang pun, nilainya adalah lebih murah, tetapi nikmatnya sangat besar..

Bagi yang masih belajar, apakah fokus utama anda wahai adik-adikku yang ku sayangi?
Belajar atau nak cantik?
Mohon tumpukan pada pengajian dahulu…ia adalah harapan IBUBAPA anda…
Hal-hal yang lain itu, anda boleh pikir dan usahakan setelah habis belajar..
Belajar lah rajin-rajin dulu, ye sayang… :)


Saya akan kongsikan kemudian, cara yang saya gunakan yang lebih jimat dan mendapat manfaat yang besar, In shaa Allah.
Perlu diingatkan sekali lagi, ini bukanlah cara yang mutlak…saya sekadar berkongsi supaya sama-sama mendapat manfaat dan mungkin anda boleh mendapat idea yang lebih baik.
Bukannya apa, kos hidup semakin meningkat.
Antara cara untuk kita berjimat dan mengurangkan kos, kita perlu kawal perbelanjaan..
Agak sukar untuk mendapat kenaikan gaji selari dengan kenaikan kos hidup (Ia adalah mustahil…), juga, membuat kerja tambahan atau part time (sampai bila kita menjadi hamba Allah didunia ini untuk lebih mengejar kemahuan?)


Rasa susah dan payah?
Ya, memang itulah sebenarnya yang telah Allah tentukan untuk manusia didunia ini, Allah ciptakan manusia untuk susah..

Merujuk Surah Al-Balad 90:4;

"Sungguh kami telah menciptakan manusia berada dalam susah payah."

Dan, Surah Al-Insyiqaq 84: 6;

"Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatat semuanya)."


Pada hari ini, dalam kita berada di akhir zaman, antara kata-kata ustaz yang saya guna untuk ingatkan diri saya daripada kuliah berkaitan akhir zaman, ustaz mengingatkan, ada ulama' yang telah mengingatkan supaya kita jangan tinggal puasa sunat untuk membiasakan kita dengan keadaan susah, pada masa kedatangan Dajjal (juga sebelum kedatangan Dajjal; 3 tahun kemarau…).
Bagi saya, ia juga termasuk dgn APA yang kita makan dan CARA kita makan..


Panjang pula tulisan hari ini..
Mohon maaf jika ada kesalahan dan kesilapan.
Jika ada yang mahu dibetulkan, sila kongsikan, kita sama-sama belajar. :)













Tuesday, May 13, 2014

Makan buah...

Assalamualaikum



Saya ingin berkongsi tentang beberapa potongan ayat yang diambil dari Al-Quran;



1. Surah At-Tur 52:22 (yang bermaksud):

"Dan (penduduk Syurga itu) Kami tambahi  mereka (dari semasa ke semasa) dengan buah-buahan dan daging daripada berbagai-bagai jenis yang mereka ingini."


2. Surah Al-Waqiah 56:20-21 (yang bermaksud):

" Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan apapun yang mereka pilih. Dan daging burung apapun yang mereka inginkan."




Daripada ayat-ayat diatas, Allah menyebut buah terlebih dahulu sebelum makanan-makanan yang lain tatkala menyebutkan makanan yang dihidangkan kepada ahli Syurga.

Jadi, amalan mendahulukan makan buah-buahan adalah amalan yang dilakukan oleh ahli Syurga….
(Siapa nak jadi ahli Syurgaaaa????? wink wink wink…) hehehe…

Sebenarnya daripada ayat-ayat inilah galakkan untuk mengambil buah-buahan sebelum menjamah makanan lain….

Ia diperkukuhkan lagi dengan kajian-kajian yang telah dibuat, dari segi sains,

kebanyakan buah-buahan adalah bersifat alkali di dalam perut.
Jika buah-buahan diambil selepas makan, ia akan meneutralkan asid yang dikeluarkan perut untuk mencerna makanan, jadi……

 Bagaimana proses pencernaan dalam perut kita hendak berlaku dengan optimum???





Sumber dari sini

*Jika mahu lihat charts lain yang berkaitan, boleh lihat di sini




Saya tidak mahu mengatakan amalan memakan buah sebelum makan adalah amalan sunnah Rasulullah kerana setakat sumber buku yang saya baca, tiada disertakan hadis yang menunjukkan Baginda SAW memakan buah sebelum makan.

Galakan mengamalkannya saya praktikkan dan saya kongsikan atas bersandarkan perkara-perkara diatas. Sekiranya anda mempunyai maklumat tambahan yang lain, boleh kongsikan di ruang komen, kita sama-sama berkongsi ilmu ye..



Namun berdasarkan bacaan yang saya telah buat, Baginda Rasulullah SAW ada mengamalkan  memakan buah-buahan seperti berikut (berdasarkan hadis):

1. Buah timun dengan ruthob (tamar ranum)
2. Buah tembikai dengan ruthob
3. Buah tembikai kuning dengan ruthob

*Timun, tembikai dan tembikai kuning bersifat sejuk, manakala ruthob bersifat panas

Ini menunjukkan baginda Rasulullah SAW menyeimbangkan makanan berunsur panas dengan yang berunsur sejuk.

Faktor keseimbangan adalah perkara asas dalam undang-undang at-thib (pengubatan) dan faktor ini yang diamalkan  dalam pemakanan dan juga pengambilan ubatan  merupakan konsep asas dalam thib nabawi.





Sebenarnya….

Assalamualaikum….

Sudah lama tidak berblogging, namun kalini hendak mulakan semula tetapi dengan sesuatu yang diberi nafas baru….

Masih lagi akan berkongsi tentang resepi makanan…
Mungkin itu mmg sudah menjadi minat saya..

Semoga sama-sama kita akan mendapat manfaat..
Untuk di dunia, dan yang lebih penting untuk bekalan di Akhirat yang kekal abadi..

Mudah-mudahan apa jua perkara yang kita lakukan atas dunia ni, dengan niat yang benar, hanya untuk mencari REDHA ALLAH…
Kerana apa jua perkara yang kita lakukan adalah atas pilihan kita sendiri; samada yang berlandaskan syariat atau yang mengikut hawa nafsu dan hasutan syaitan…

Semoga kita sentiasa berada didalam hidayah, petunjuk, panduan dan rahmat Allah…


Amin….


Bila menyebut tentang makan, antara perkara penting yang perlu di pahat dalam kepala, " Perut adalah gudang segala penyakit…" hehehehe


Jom kita sama-sama ambik teladan pemakanan baginda Rasulullah SAW, yang menunjukkan kepada kita bahawa yang penting bukan kuantiti makanan, tetapi KUALITI dan KEBERKATAN makanan tersebut.
Kerana itulah, "kita adalah apa yang kita makan…". SETUJU?