Wednesday, June 18, 2014

Amalan Sihat Yang Menjimatkan!!

Assalamualaikum


Sebelum ini saya ada menjanjikan untuk berkongsi tips amalan kesihatan harian yang menjimatkan. Maksudnya anda tidak perlu mengeluarkan duit/ berbelanja banyak untuk membeli produk kesihatan.

Amalan yang saya amalkan, inshaaAllah mengikut sunnah Rasulullah, mengikut saranan dan nasihat para a'lim yang diambil dari hadith.

Amalan yang simple, namun, yang penting niat kita, pasangkan niat untuk mengamalkannya kerana mencari REDHA ALLAH… InshaaAllah kita juga akan mendapat KEBERKATAN. Itu lah yang penting sebenarnya

Saya tidak katakan ini adalah amalan yang MESTI, tetapi sekadar berkongsi pengalaman sendiri:


1. PAGI

a. Biasakan untuk bangun di awal pagi sebelum terbit fajar
b. Mandi
c. Minum 1 MUG AIR KOSONG yang dicampur 1TBSP MADU dan 2TBSP CUKA EPAL @ APLLE CIDER VINEGAR (ACV)
d. SATU JAM selepas itu baru makan sarapan @ sahur
e. Ambil 1TBSP EXTRA VIRGIN OLIVE OIL & KUNYAH 7 BIJI HABBATUS SAUDA'



2. MALAM

a. Rendam 7 biji kurma didalam bekas air yang besar (untuk minuman tambahan seisi keluarga pada esok harinya)
b. Ambil 1TBSP EXTRA VIRGIN OLIVE OIL & KUNYAH 7 BIJI HABBATUS SAUDA'
c. Sebelum tidur, tambah dengan zikir sebanyak 33 kali setiap satu; SUBHANALLAH, ALHAMDULILAH, ALLAHUAKBAR
d. Jangan biasakan tidur terlalu lewat.





Disamping amalan-amalan diatas, jangan lupa untuk mengamalkan beberapa perkara:

1. Dalam menu harian, ambil makanan yang berkhasiat. Tolong makan MAKANAN SEBENAR (REAL FOOD).
Bukan dengan mencampur adukkan dengan makanan dalam tin (sardin, tomato, etcs etcs etcs) atau makanan proses (susu UHT, air kotak, biskut, coklat bar, chips, cereal, packed juice, etcs etcs etcs).

Nowadays, banyak sangat isu yang keluar, dengan isu Cadbury, food brand yang menyumbang untuk Israel, food brand yang menyokong gmo foods, etcs etcs etcs. Saya kira ada banyak hikmah yang hendak Allah tunjukkan, marilah berbalik kepada REAL FOOD.

Islam sendiri mengajar kita makan makanan yang baik-baik; bukan setakat HALAL, tetapi TOYYIBAN juga.


2. Amalkan PUASA SUNAT selain puasa wajib dibulan Ramadhan.
Alhamdulilah, Ramadhan hampir tiba. Saat yang ditunggu-tunggu oleh setiap umat Islam. Kalau boleh, selepas Ramadhan, kita tanamkan dalam hati untuk mengamalkan puasa sunat juga.

Baginda Rasulullah SAW banyak berpuasa sunat. Puasa adalah sebahagian amalan harian baginda. Ada sangat banyak kelebihan puasa seperti yang diterangkan oleh sains. Puasa merupakan 'support elemen' dalam pemakanan yang seimbang dan sihat.


3. Minum banyak AIR PUTIH, (bukan air berperisa @ air manis @ air berwarna) SUSU (susu segar yang paling segar yang mampu kita perolehi; dari lembu atau kambing, yang diletakkan dibahagian sejuk di pasaraya bukan susu kotak yang diletak  dirak makanan lain ) dan JUS (fresh! bukan yang dibeli dipasaraya, samada dari bahagian sejuk atau dari bahagian rak makanan lain )



4. BERSENAM
Kalau boleh, amalkan senaman yang simple & mudah dilakukan dimana-mana dan bila-bila tetapi memberi impak yang besar.






* Saya mengamalkan biji habbatus sauda' pada awalnya kerana ia terdapat dalam Hadis, tanpa saya mengambil tahu secara terperinci akan khasiat dan kelebihannya kerana saya hanya mahukan kelebihan 'sunnah' dan keberkatan pada makanan tersebut. Alhamdulilah, banyak perubahan yang saya perolehi tanpa saya sedari. Perubahan ini bukanlah berlaku selepas dua, tiga hari, ia mengambil masa dan saya x pasti berapa lama sebab bukan niat saya mengambilnya untuk tujuan-tujuan tertentu.

1. Kesihatan kami & anak-anak bertambah baik (kurang demam, batuk, selsema)
2. Badan saya bertenaga, kurang penat dan lesu, lebih-lebih lagi selepas bermusafir (bercuti) atau memandu dengan lama dan jauh. Tidak seperti sebelum ni, asal balik je, terus flat, letih dan lesu teramat. 2, 3 hari baru energy recover.
3. Tiada masalah keguguran rambut seperti sebelum ini. Masalah saya, bangun tido je, rambut berserakan di atas bantal dan katil juga di atas lantai. Kalau menyapu lantai, confirm, rambut saya sahaja yang banyak!
4. Ibu saya mempunyai masalah kulit kering yang agak serius dikepala (kelemumur yang agak kronik), tanpa beliau sedari, Alhamdulilah masalah tersebut hilang!
5. Masalah kaki menyucuk-nyucuk (almaklumlah, dah anak 3 ni…) tiap kali bangun tido, sudah tiada lagi.
6. Masalah jerawat di belakang badan suami juga sudah sangat berkurang.
7. Masalah sakit perut dan gastrik saya juga berkurang. Saya tidak lagi mengambil Gaviscon, tetapi saya gantikan dengan biji sauda' dan extra virgin olive oil jika saya mengalaminya
8. Badan saya mempunyai banyak angin, tiapkali lepas makan biji sauda' pasti saya akan keep sendawa.


* Amalan jus madu-ACV. Amalan ini baru sahaja saya amalkan , namun, sudah ada  perubahan yang saya nampak kesannya pada hari pertama mengamalkannya. Amalan ini juga saya tidak teliti khasiat dan kelebihannya especially ACV. Saya mengamalkannya setelah disarankan oleh seorang pekedai yang menjual makanan dari timur tengah. Juga kerana menyedari kelebihan cuka buah yang ada disebut dalam hadis dan of course kelebihan madu.

1. Menyegarkan badan dan memberi tenaga- rasa tidak mengantuk dan segar selepas minum, walaupun bangun tido awal sebelum fajar.
2. Badan rasa segar dan bertenaga
3. Selera makan seolah-olah tiada - Sesiapa yang mahu DIET, sangat-sangat digalakkan ambil. MURAH JE dan BERKAT.
4. Sangat membantu untuk mengurangkan keletihan berpuasa
5. Bagus untuk yang biasa bermusafir dan memandu lama dan jauh. Saya pernah memandu selam 7 jam tanpa berhenti, Alhamdulilah sangat-sangat, saya tidak rasa letih (Cuma pinggang yang sakit sebab duduk terlalu lama :p)
6. Selepas consume jus ini, saya dapat rasa masalah angin dalam badan semakin baik, Saya kira badan saya sebelum ini terlalu 'berasid'…
7. Proses 'pembuangan' setiap pagi dan rasa sangat best, sebab rasa usus macam kosong dan bersih je… :P


*Extra Virgin Olive Oil. Saya ambil daripada Palestin; Palestin Extra Virgin Olive Oil (PEVOO). Selain membantu kesihatan kita, secara tidak langsung kita membantu saudara-saudara Islam kita disana. (Tentera Israel mempunyai senjata yang moden, tetapi mujahidin-mujahidin Al-Qasam, ada yang hanya menggunakan batu…. Siapa penyumbang terbesar Israel? Negara yang berkuasa Besar di dunia ini, melalui pendapatan negara seperti cukai etcs…Cukai diperolehi daripada? Rakyat dan sumber ekonomi… Jadi, boleh fikir-fikirkan sama-sama yang mana patut kita perlu sokong lebih…..)

1. Luka cepat sembuh
2. Kami sekeluarga kurang demam batuk dan selsema
3. Baik untuk kulit. Sesiapa yang mahu CANTIK, sangat disarankan mengambil pilihan makanan semulajadi ini yang memang terdapat dalam Al-Quran. Mungkin akan mengambil masa, yang penting, ia semulajadi dan tidak memberi kesan jangka pendek atau jangka panjang
4. Saya juga mengambil sabun untuk cucian badan dan muka daripada olive oil. Alhamdulilah, muka tiada berjerawat seperti dahulu.



Monday, June 2, 2014

Peach Custard Coffee Cake

Assalamualaikum


Saya adalah seorang hantu western food, dessert and cheese… Tapi itu adalah dahulu. Sekarang, saya cuba untuk mengurangkannya,  (tapi kadang-kadang, tekak masih teringin yang lemak-lemak berkrim ni hihihi, TETAPI, dalam range yang berbeza sikit :P ) Jadi, saya akan juga berkongsi resepi-resepi manisan yang telah dicuba, so jangan lepaskan peluang untuk mencuba ye ;)




Kebetulan saya ada lebihan canned peach, sebanyak a half can, (ada tempahan red velvet - peach cake itu hari…)  Jadi daripada dibazirkan, saya pon cuba mengolah resepi yang telah sedia ada…
Jom jenguk resepi..




Langkah paling utama, sediakan custard dahulu.


3 biji kuning telur (A)
45 g gula
14g tepung jagung
1/4 tsp garam
1 vanilla bean, jika tiada,guna esen
250ml (1 cup) susu @ 175ml cream ditambah air sehingga menjadi 250ml

- mix bahan diatas sehingga sebati dalam periuk kecil
-letak atas api yang kecil dan kacau sehingga pekat
-Angkat dan biarkan sejuk



Bahan -bahan kek


250g tepung gandum unbleached
2 tsp baking powder
227g butter
115g gula halus
1/2 tsp salt
2 egg (A)
1/4 cup sour cream @ 1/4 cup milk+1/4 tbsp fruit vinegar @ 2/3 daripada 1/4 cup cream+air hingga penuh cup+1/4 tbsp fruit vinegar
5 keping halved peach - ditoskan dan dihiris nipis

- Panaskan oven pada suhu 180 C
- Griskan pan 9"X13" dengan marjerin
- Ayak tepung bersama baking powder, ketepikan
- Satukan butter, gula, garam dalam bowl dan putar pada kelajuan sederhana untuk sebatikan, kemudian tukar kelajuan tinggi hingga gebu
- Perlahankan kelajuan, masukkan telur satu demi satu (biarkan agak sebati dahulu, baru masukkan telur yang seterusnya)
- Dengan kelajuan perlahan, masukkan tepung diselang seli dengan sour cream @milk (guna aturan: tepung, cecair, tepung, cecair, tepung), gaul hingga sebati
- Masukkan separuh 'cake batter' dalam pan dan ratakan.
- Masukkan pula kastad dan ratakan
- Susunkan peach, kemudian ratakan lebihan 'cake batter'.


*Boleh refer urutan gambar dibawah untuk melapis layer kek






- Kemudian, bakar kek selama 48 - 53 minit
- Pastikan kek disejukkan dahulu sebelum dipotong, kerana jika x betul-betul sejuk, lapisan kastad akan cair dan kek akan 'messy'





* Ini je yang sempat di tangkap, sebab dah tidak tahan untuk di ngap!










Selamat Mencuba Ye!


Thursday, May 29, 2014

Pressed Potato

Assalamualaikum



Sedikit kelainan yang cuba dibuat, untuk pengekalan semulajadi dan mengelakkan 'processed' kentang, ie; fries, wedges
Kepelbagaian untuk menu anak dan keluarga.









Beberapa biji kentang yang bersaiz kecil (S)- dicuci dan direbus dengan sedikit garam sehingga betul-betul empuk. Biarkan sejuk. Kemudian ditekan.
olive oil @garlic butter @ butter
herbs - dried or fresh

-Panaskan pan @ oven
-Masukkan olive oil @garlic butter @butter
-Susunkan potato yang telah ditekan
-Taburkan herbs keatasnya.
-Biarkan sehingga permukaan bawah garing dan perang, kemudian diterbalikkan dan buat langkah yang sama































Wednesday, May 28, 2014

Chocolate Milk

Assalamualaikum




Sebagai langkah untuk memberhentikan pengambilan produk serbok koko atau serbuk koko tiruan sebagai minuman, saya cuba mengambil langkah yang selamat, berkhasiat dan jimat..


Jadi saya ingin berkongsi resepi Coklat Sos, untuk bahan base 'Chocolate Milk'
Biasanya saya akan sediakan stok yang in shaaAllah cukup untuk seminggu (@ lebih @ kurang…hehehe)


Berikut adalah sukatan yang biasa saya gunakan, tetapi anda boleh pelbagaikan sukatan bergantung pada citarasa anda, Selamat Mencuba!





Chocolate Sauce

100g good quality cocoa powder
125g brown sugar
250 ml water

- Campur semua bahan dalam pot.
-Kacau hingga sebati dan licin (tidak berketul-ketul)
-Letakkan diatas api yang kecil, sambil dikacau hingga mendidih dan agak pekat (rasa dulu, jika mengikut citarasa anda gula kurang, boleh ditambah)
-Simpan dalam bekas berkaca (yang terbaik, bertutup) dan simpan dalam peti sejuk

*Setiap kali hendak minum, hanya campurkan satu atau beberapa sudu dengan susu segar




SUPER…. Mom, Mak, Mama, Ibu….. Manusia…. Perlukah?

Assalamualaikum



Kita sudah terbiasa dgn istilah SUPER…
Bagi kaum ibu, biasa sangat ditujukan kepada yang multitasking…
(Disclaimer: bukan mudah menjadi ibu, sebab kene pegang beberapa jawatan dalam masa yang sama; anak, isteri, bos, pekerja..)
Jika namanya suri rumah, jangan ingat goyang kaki je kejenya ye…kuikuikui
(Pelik juga sebenarnya bila ada wanita yang takut berhenti kerja sebab nanti mati kutu dok diam kat rumah….. Hmmmm,… itu surirumah suku masa kot, jangan marah ye…gurau je :P)



CUMANYA, penggunaan gelaran yang digunakan…
Kita 'copy' dari Barat…
Tapi hakikatnya….

MANUSIA,
Benarkah SUPER???
Apa yang SUPER nya?
Kalau Allah baru bagi sikit sakit kita dah terbaring…


Peringatan Allah tu sebenarnya…
Peringatan untuk diri saya lebih-lebih lagi..
Allah boleh beri pengajaran dan peringatan secara 'cash'…
Untuk 'slowkan' sikit kita yang selalu asyik, lupa, leka, dan alpa...



Hanya DIA yang SUPER, yang THE MOST SUPER segalanya… ALLAHUROBBI



SENYUM :)




Sunday, May 25, 2014

Begitukah Caranya….

Assalamualaikum,




Saya seorang wanita, punya naluri, keinginan, nafsu, yang sama dengan wanita-wanita lain…
Sebagaimana yang dikatakan, wanita mempunyai 9 NAFSU…

Saya suka cantik, comel, kurus, sihat, suka dipandang, shopping dan semua-semua tu… seperti wanita-wanita lain… Tapi mungkin itu hanya dahulu…
Bukan nak cakap saya sudah jadi baik, Astaghfirullah…. Nauzubillah..

Tetapi…,

Semua manusia sebagai hamba ada sifat kebaikan….

Merujuk pada Surah Asy-Syams 91:7-10;

"Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya).
Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan dan yang membawanya kepada bertakwa.
Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan).
Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)."



Allah ciptakan manusia mempunyai kejahatan dan kebaikan. Bergantung pada kita; dengan HATI yang Allah beri untuk pandu diri kita. Rujukan Allah sudah beri iaitu AL-QURAN dan HADIS. Tinggal lagi kita belajar, belajar, dan belajar sahaja…
Sejajar dengan wahyu pertama yang Allah turunkan pada baginda Rasulullah SAW, Surah Al-A'laq 96:1;

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan."



Kita pernah jadi jahil dan degil….

Jadi,

Perlukah kita lalai dan leka lagi….?


Setiap manusia pasti ingin berubah kepada yang lebih baik, tidak kisah dari sudut apa pun…kan?
Sebelum tiba kiamat kecil saya (MATI….), sebelum mencapai umur 40,….sebelum, sebelum, sebelum dan sebelum…. Saya hanya hamba Allah yang hina dan lemah…

(Allah! Panjang pula bebelan saya ni…. maaf)


OK, kembali kepada apa yang saya hendak kongsikan….



Mungkin apa yang saya mahu katakan ni, akan ada yang mengguris hati, tetapi saya mahu tekankan awal-awal, ia tidak ditujukan pada sesiapa, tetapi ia hanyalah tindakbalas saya terhadap apa yang berlaku secara pemerhatian rambang terhadap persekitaran sekeliling..


Tentang pemakanan tambahan… (sentitif ke….maaf)


Saya teringat, masa tu saya masih di sekolah menengah… Saya tidak boleh recall secara tepat, samada saya dapat dari bacaan atau dari perkongsian guru..

Lebih kuranglah ye,… Tentang apa yang akan berlaku pada masa akan datang (waktu tu, around 1993-1995), disebabkan kemajuan teknologi, makanan juga akan mengalami perubahan teknologi. Akan terdapat makanan dalam bentuk pil….. Haaaa tu dia..!

Masa tu, saya tertanya-tanya dan terbayang-bayanglah macam mana agaknya ye… Fikiran saya yang kurang bijak ni, terpikir, macam dalam movie-movie fiksyen, pil diletak air… TARAAA… jadi setongkol jagung…!

Hahaha…macam tulah…naif dan jahil kan… :p


Tapi rupanya bukan begitu…hehehe
Rupa-rupanya makan-makanan tambahan inilah…
Bukan bermakna saya nak cakap ia tidak baik, tidak…
Ia ada kebaikannya, namun, reaksi kita, terhadap perkara ini yang saya rasakan ada yang masih perlu diperbaiki…sama-sama kita perbaiki.


Saya tidak mahu bercerita panjang tentang makanan tambahan.
Cumanya saya agak sedih melihat sesetengah individu yang saya perhatikan (dan mereka tidak sedar sebenarnya), menjadi taksub dengan makanan tambahan.
Mengapa saya katakan begitu? Terlalu kasar bukan?… Maaf…


Ada yang sanggup meminta diberikan kemudahan membayar secara ansuran (hutang), semata-mata untuk membeli set makanan tambahan.
Ada yang masih lagi pelajar, tapi, mahu mengambil makanan tambahan kerana mahu cantik.


Begitukah caranya??

Allah dah berikan rujukan terbesar buat kita, antaranya buku terhebat; Al-Quran, juga hadis…
Mengapa sebagai penganut agama yang diturunkan kepada mereka, tidak menjadikan rujukan yang diturunkan ini sebagai panduan TOTAL?


Untuk menjaga kesihatan, terdapat pelbagai cara yang Allah beri dalam Al-Quran dan Hadis.
Tidak perlu bergolak gadai untuk berhutang, sayang… Ia adalah percuma… jika memerlukan wang pun, nilainya adalah lebih murah, tetapi nikmatnya sangat besar..

Bagi yang masih belajar, apakah fokus utama anda wahai adik-adikku yang ku sayangi?
Belajar atau nak cantik?
Mohon tumpukan pada pengajian dahulu…ia adalah harapan IBUBAPA anda…
Hal-hal yang lain itu, anda boleh pikir dan usahakan setelah habis belajar..
Belajar lah rajin-rajin dulu, ye sayang… :)


Saya akan kongsikan kemudian, cara yang saya gunakan yang lebih jimat dan mendapat manfaat yang besar, In shaa Allah.
Perlu diingatkan sekali lagi, ini bukanlah cara yang mutlak…saya sekadar berkongsi supaya sama-sama mendapat manfaat dan mungkin anda boleh mendapat idea yang lebih baik.
Bukannya apa, kos hidup semakin meningkat.
Antara cara untuk kita berjimat dan mengurangkan kos, kita perlu kawal perbelanjaan..
Agak sukar untuk mendapat kenaikan gaji selari dengan kenaikan kos hidup (Ia adalah mustahil…), juga, membuat kerja tambahan atau part time (sampai bila kita menjadi hamba Allah didunia ini untuk lebih mengejar kemahuan?)


Rasa susah dan payah?
Ya, memang itulah sebenarnya yang telah Allah tentukan untuk manusia didunia ini, Allah ciptakan manusia untuk susah..

Merujuk Surah Al-Balad 90:4;

"Sungguh kami telah menciptakan manusia berada dalam susah payah."

Dan, Surah Al-Insyiqaq 84: 6;

"Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatat semuanya)."


Pada hari ini, dalam kita berada di akhir zaman, antara kata-kata ustaz yang saya guna untuk ingatkan diri saya daripada kuliah berkaitan akhir zaman, ustaz mengingatkan, ada ulama' yang telah mengingatkan supaya kita jangan tinggal puasa sunat untuk membiasakan kita dengan keadaan susah, pada masa kedatangan Dajjal (juga sebelum kedatangan Dajjal; 3 tahun kemarau…).
Bagi saya, ia juga termasuk dgn APA yang kita makan dan CARA kita makan..


Panjang pula tulisan hari ini..
Mohon maaf jika ada kesalahan dan kesilapan.
Jika ada yang mahu dibetulkan, sila kongsikan, kita sama-sama belajar. :)













Tuesday, May 13, 2014

Makan buah...

Assalamualaikum



Saya ingin berkongsi tentang beberapa potongan ayat yang diambil dari Al-Quran;



1. Surah At-Tur 52:22 (yang bermaksud):

"Dan (penduduk Syurga itu) Kami tambahi  mereka (dari semasa ke semasa) dengan buah-buahan dan daging daripada berbagai-bagai jenis yang mereka ingini."


2. Surah Al-Waqiah 56:20-21 (yang bermaksud):

" Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan apapun yang mereka pilih. Dan daging burung apapun yang mereka inginkan."




Daripada ayat-ayat diatas, Allah menyebut buah terlebih dahulu sebelum makanan-makanan yang lain tatkala menyebutkan makanan yang dihidangkan kepada ahli Syurga.

Jadi, amalan mendahulukan makan buah-buahan adalah amalan yang dilakukan oleh ahli Syurga….
(Siapa nak jadi ahli Syurgaaaa????? wink wink wink…) hehehe…

Sebenarnya daripada ayat-ayat inilah galakkan untuk mengambil buah-buahan sebelum menjamah makanan lain….

Ia diperkukuhkan lagi dengan kajian-kajian yang telah dibuat, dari segi sains,

kebanyakan buah-buahan adalah bersifat alkali di dalam perut.
Jika buah-buahan diambil selepas makan, ia akan meneutralkan asid yang dikeluarkan perut untuk mencerna makanan, jadi……

 Bagaimana proses pencernaan dalam perut kita hendak berlaku dengan optimum???





Sumber dari sini

*Jika mahu lihat charts lain yang berkaitan, boleh lihat di sini




Saya tidak mahu mengatakan amalan memakan buah sebelum makan adalah amalan sunnah Rasulullah kerana setakat sumber buku yang saya baca, tiada disertakan hadis yang menunjukkan Baginda SAW memakan buah sebelum makan.

Galakan mengamalkannya saya praktikkan dan saya kongsikan atas bersandarkan perkara-perkara diatas. Sekiranya anda mempunyai maklumat tambahan yang lain, boleh kongsikan di ruang komen, kita sama-sama berkongsi ilmu ye..



Namun berdasarkan bacaan yang saya telah buat, Baginda Rasulullah SAW ada mengamalkan  memakan buah-buahan seperti berikut (berdasarkan hadis):

1. Buah timun dengan ruthob (tamar ranum)
2. Buah tembikai dengan ruthob
3. Buah tembikai kuning dengan ruthob

*Timun, tembikai dan tembikai kuning bersifat sejuk, manakala ruthob bersifat panas

Ini menunjukkan baginda Rasulullah SAW menyeimbangkan makanan berunsur panas dengan yang berunsur sejuk.

Faktor keseimbangan adalah perkara asas dalam undang-undang at-thib (pengubatan) dan faktor ini yang diamalkan  dalam pemakanan dan juga pengambilan ubatan  merupakan konsep asas dalam thib nabawi.





Sebenarnya….

Assalamualaikum….

Sudah lama tidak berblogging, namun kalini hendak mulakan semula tetapi dengan sesuatu yang diberi nafas baru….

Masih lagi akan berkongsi tentang resepi makanan…
Mungkin itu mmg sudah menjadi minat saya..

Semoga sama-sama kita akan mendapat manfaat..
Untuk di dunia, dan yang lebih penting untuk bekalan di Akhirat yang kekal abadi..

Mudah-mudahan apa jua perkara yang kita lakukan atas dunia ni, dengan niat yang benar, hanya untuk mencari REDHA ALLAH…
Kerana apa jua perkara yang kita lakukan adalah atas pilihan kita sendiri; samada yang berlandaskan syariat atau yang mengikut hawa nafsu dan hasutan syaitan…

Semoga kita sentiasa berada didalam hidayah, petunjuk, panduan dan rahmat Allah…


Amin….


Bila menyebut tentang makan, antara perkara penting yang perlu di pahat dalam kepala, " Perut adalah gudang segala penyakit…" hehehehe


Jom kita sama-sama ambik teladan pemakanan baginda Rasulullah SAW, yang menunjukkan kepada kita bahawa yang penting bukan kuantiti makanan, tetapi KUALITI dan KEBERKATAN makanan tersebut.
Kerana itulah, "kita adalah apa yang kita makan…". SETUJU?